Seorang anggota polis cedera di leher selepas terlanggar tali tangsi yang melintang di atas Lebuhraya Utara Selatan, dekat Plaza Tol Sungai Dua.<br />Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang di kilometer 129.6 ketika anggota terbabit sedang menunggang motosikal dari Hospital Bukit Mertajam menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Ahad lalu.
